Resepi agar-agar buah yang menyegarkan dan mudah dibuat! Gabungan rasa manis, masam, dan menyegarkan daripada pelbagai jenis buah-buahan. Perfect untuk berbuka puasa!
Dessert
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Tembikai merah - 1 biji
Mangga - secukupnya
Kiwi - secukupnya
Lici dalam tin (isi sahaja) - secukupnya
Agar-agar jernih - 1 paket
Gula - 1 cawan
Air - ikut sukatan pada paket agar-agar
Rempah & Perasa
Daun pudina - beberapa helai (optional)
Cara Masakan
1
Potong tembikai merah kepada dua bahagian.
2
Scoop isi tembikai menggunakan scoop ice cream (atau sudu).
3
Potong buah mangga, kiwi, dan lici (buang airnya).
4
Susun buah-buahan di dalam kulit tembikai.
5
Didihkan air mengikut sukatan pada paket agar-agar.
6
Masukkan agar-agar dan gula (kurangkan separuh daripada sukatan yang disyorkan).
7
Masukkan daun pudina dan biarkan mendidih.
8
Keluarkan daun pudina.
9
Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai yang berisi buah.