Resepi ayam bakar sambal penyet yang lagi sihat, guna bahan mudah dan tak mahal sangat! Perfect untuk diet tapi tetap sedap dan mengenyangkan. Jom cuba!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ayam - 1 ekor (ikut saiz)
Nasi - secukupnya
Sayur & Ulam - secukupnya
Minyak masak - 1 sudu
Rempah & Perasa
Lada besar - 2 biji
Cili padi hijau - 4 biji
Cili padi merah - 4 biji
Tomato - 1 biji
Bawang putih - 4 ulas
Serbuk kunyit - secukup rasa
Serbuk ketumbar - secukup rasa
Black pepper - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Belacan - secukup rasa
Kicap manis - sedikit
Cara Masakan
1
Bakar bawang putih dalam air fryer pada suhu 200 celsius selama 10 minit.
2
Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, black pepper dan garam.
3
Tambahkan 1 sudu minyak masak kepada ayam.
4
Masukkan lada besar, cili padi hijau, cili padi merah, tomato dan bawang putih yang telah dibakar ke dalam blender.
5
Masukkan garam dan belacan, kemudian blend sehingga halus.
6
Bakar ayam pada suhu 200 celsius selama 25 minit sehingga crispy.
7
Hidangkan ayam bakar dengan nasi, sayur, dan ulam.