- 1
Campurkan ayam dengan bawang putih, halia yang ditumbuk, ketumbar, jintan putih, jintan manis, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit, dan garam.
- 2
Masukkan tepung beras, air, dan telur. Kacau sebati.
- 3
Masukkan pewarna merah dan gaul rata. Perap selama 20 minit (lebih lama lagi lebih sedap).
- 4
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan rangup. Gunakan api sederhana.
- 5
Sebelum angkat, masukkan daun kari dan gaul.
- 6
Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.