Resepi Ayam Mangga yang simple dan sedap, sesuai untuk berbuka puasa! Ayam rangup digandingkan dengan mangga masam, memang heaven. Jom cuba!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ayam - secukupnya
Mangga - 2 biji (mangga masam)
Tepung - secukupnya (tepung beras/tepung gandum)
Rempah & Perasa
Plum sauce - 4 sudu
Sos cili Thai - 6 sudu
Madu - 2 sudu
Air kosong - 1 sudu
Garam - sedikit
Cili padi - 2 biji
Bawang merah - hirisan
Daun ketumbar - secukupnya
Limau kasturi - 2 biji
Black pepper - sedikit
Cara Masakan
1
Gaulkan 4 sudu plum sauce, 6 sudu sos cili Thai, 2 sudu madu, 1 sudu air, sedikit garam, 2 biji cili padi, hirisan bawang merah, daun ketumbar dan perahan 2 biji limau kasturi sampai sebati.
2
Potong mangga nipis dan panjang.
3
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan black pepper.
4
Salut ayam dengan tepung (tepung beras/tepung gandum).
5
Goreng ayam sehingga rangup dan berwarna golden brown.
6
Gaulkan ayam yang telah digoreng dengan sos mangga sejurus sebelum berbuka puasa.
7
Susun ayam dan mangga di atas pinggan untuk dihidang.