Resepi Ayam Masak Balado yang mudah dan sedap, sesuai untuk berbuka puasa! Kita akan buat kuah balado yang tumbuk guna lesung, bukan blend, untuk tekstur yang cantik. Plus, air jagung yang creamy dan manis, memang terbaik!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ayam - 1 ekor (ikut saiz)
Bawang merah - 2 biji
Bawang putih - 15 biji
Lada merah besar - 4 biji
Cili padi - 7-8 biji
Tomato - 1 biji
Air - 1 cawan
Cordial jagung - 4 sudu
Jagung dalam tin - 3 sudu + extra untuk hiasan
Susu pekat manis - 4 sudu
Susu cair - 1/2 cawan
Rempah & Perasa
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
MSG - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
Sirap - secukup rasa
Cara Masakan
1
Goreng 2 biji bawang merah, 15 bawang putih, 4 biji lada merah besar dan 7-8 biji cili padi.
2
Masukkan 1 biji tomato dan goreng sekejap sampai layu dan garing.
3
Keluarkan dan sejukkan. Tumbuk menggunakan lesung.
4
Goreng semula bahan tumbuk dalam sedikit minyak.
5
Masukkan 2-3 helai daun kari dan 5 biji limau purut.