Resepi Ayam Tiram Thai yang mudah dan sedap, siap boleh buat guna air fryer je! Ayam rangup diluar, lembut didalam, memang terbaik untuk makan tengahari atau malam.
Thai Fusion
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ayam - secukupnya
Minyak masak - sedikit
Rempah & Perasa
Bawang putih - 5 ulas
Cili - 6 biji
Sos tiram - 1 sudu + 5-6 sudu
Sos ikan - 2 sudu
Gula - 3 sudu
Limau nipis - 3-4 biji
Daun ketumbar - secukupnya
Garam - sedikit
Kicap manis pedas - 1 sudu
Cara Masakan
1
Tumbuk bawang putih dan cili.
2
Masukkan sos tiram (1 sudu), sos ikan, gula, dan perah limau nipis.
3
Masukkan daun ketumbar.
4
Gaulkan ayam dengan garam.
5
Gaulkan ayam dengan 5-6 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap manis pedas.
6
Masukkan sedikit minyak masak dan gaul rata.
7
Bakar ayam dalam air fryer pada suhu 200°C selama 20 minit.