Resepi ayam Korean yang sangat senang dan sedap! Guna ayam goreng Tyson Karage yang dah siap, salut dengan sos gochujang yang pedas manis, dan cheese mozzarella yang cair. Rasa macam makan kat kedai!
Korean
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Tyson Chicken Karage - secukupnya
Mozzarella cheese (block) - secukupnya
Fresh milk - sedikit
Rempah & Perasa
Gochujang - 2 sudu
Brown sugar - 1 sudu
Kicap manis - ½ sudu
Madu - 2 sudu
Cukur - ½ sudu
Air - ½ cawan
Cara Masakan
1
Sediakan sos: Campurkan gochujang, brown sugar, kicap manis, madu, cuka, dan air. Kacau sehingga pekat.
2
Padamkan api dan biarkan sos sejuk.
3
Potong mozzarella cheese kepada kepingan.
4
Cairkan cheese dengan sedikit fresh milk menggunakan api perlahan, kacau sehingga cair dan boleh ditarik.
5
Goreng ayam Tyson Karage (boleh guna air fryer juga).
6
Gaulkan ayam goreng dengan sos yang telah disediakan.
7
Balut ayam dengan cheese mozzarella yang telah dicairkan.