- 1
Masukkan 1 biji telur, 2/3 cawan fresh milk, 1/2 cawan minyak masak, dan 1 sudu kecil esen vanila ke dalam bekas.
- 2
Tambah 1 cawan gula dan kacau sebati.
- 3
Ayakkan 1 1/2 cawan tepung gandum, 3/4 cawan serbuk koko, 1 sudu teh baking soda, 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh garam, dan 1 sudu teh serbuk kopi.
- 4
Masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan dan kacau rata.
- 5
Masukkan 1 cawan coklat chip dan kacau sehingga sebati.
- 6
Masukkan adunan ke dalam baking cup sehingga 3/4 penuh.
- 7
Letakkan sedikit coklat chip di atas setiap muffin.
- 8
Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 16 minit.