Resepi churros cicah Nutella yang rangup di luar, lembut di dalam. Senang je nak buat, memang sedap sangat! Perfect untuk minum petang atau berbuka puasa.
Dessert
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Air - 1 ½ cawan
Butter - ½ blok
Tepung Gandum - 1 ½ cawan
Telur - 3 biji
Vanilla essence - sedikit
Gula - secukup rasa
Cinnamon/Kulit Kayu Manis - secukup rasa
Rempah & Perasa
Garam - sedikit
Cara Masakan
1
Panaskan 1 ½ cawan air.
2
Masukkan ½ blok butter dan sedikit garam.
3
Setelah butter cair, masukkan 1 ½ cawan tepung gandum.
4
Kacau hingga tepung masak, kemudian padamkan api.
5
Biarkan adunan sejuk sedikit.
6
Masukkan sedikit demi sedikit 3 biji telur dan sedikit vanilla essence.
7
Kacau adunan sehingga sebati.
8
Masukkan adunan ke dalam piping bag (atau guna beg plastik, potong hujung).