Resepi daging goreng kunyit yang mudah dan sedap, sesuai untuk buka puasa, sahur, atau makan tengah hari. Dagingnya lembut dan meresap rempah, memang terbaik!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Daging - ikut suka
Bawang putih - 2-3 ulas
Bawang Holland - 1 biji
Cili padi - ikut kepedasan
Minyak masak - secukupnya
Rempah & Perasa
Garam - secukup rasa
Serbuk kunyit - 1 sudu + sikit lagi
Cara Masakan
1
Potong daging, jangan terlalu nipis atau tebal.
2
Masukkan garam dan serbuk kunyit ke dalam daging.
3
Masukkan air ke dalam daging sehingga terendam sepenuhnya.
4
Masukkan satu sudu besi yang bersih untuk membantu daging cepat empuk.
5
Rebus daging selama 45-50 minit sehingga air kering.
6
Keluarkan sudu besi.
7
Masukkan minyak masak dan tumis daging sehingga garing.
8
Masukkan bawang putih, bawang Holland, dan cili padi.