Resipi Durian Crepe yang gebu-gebu macam bantal, penuh dengan isi durian! Senang je nak buat, cuma kena cuba beberapa kali sampai jadi. Krimnya guna non-dairy cream supaya cantik dan tak lembik.
Dessert
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Tepung Gandum - 1/2 cawan
Tepung Ubi Kayu - 1/2 cawan
Tepung Jagung - 2 sudu
Telur - 2 biji
Fresh Milk (full cream pun boleh) - 1 cawan
Air - 1/2 cawan
Minyak Masak - 1 sudu
Garam - sedikit
Pewarna Makanan (kuning, hijau, merah - ikut suka) - sedikit
Durian - secukupnya
Non-dairy Cream - secukupnya
Cara Masakan
1
Blend semua bahan crepe (tepung gandum, tepung ubi kayu, tepung jagung, telur, susu, air, minyak, garam dan pewarna).
2
Tapis adunan crepe.
3
Panaskan kuali.
4
Tuang adunan crepe ke dalam kuali, buat lapisan nipis.