Resepi pencuci mulut yang menyegarkan untuk buka puasa! Jeli teh bunga yang lembut dan soya sagu gula melaka yang creamy, memang padu gabungan ni. Perfect untuk hilangkan dahaga!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Jus Teh Chrysanthemum - 2 kotak besar
Gula Melaka - 2 sudu
Serbuk Agar-Agar (jernih) - 4 gram
Daun Pudina - sedikit
Asam Boi - sedikit
Limau Kasturi - 5 biji
Buah Lici - secukupnya
Sagu (putih) - secukupnya
Gula Melaka - 1-2 keping
Air - sedikit
Daun Pandan - 1 helai
Susu Soya - secukupnya
Cara Masakan
1
Masukkan jus teh bunga, gula melaka, serbuk agar-agar dan daun pudina ke dalam periuk.
2
Rebus sehingga mendidih.
3
Keluarkan daun pudina.
4
Sejukkan agar-agar dalam peti sejuk selama beberapa jam.
5
Setelah sejuk, tambahkan asam boi dan perah limau kasturi.
6
Hiaskan dengan buah laici.
7
Untuk soya sagu gula melaka: rebus gula melaka, air dan daun pandan.
8
Masak sagu sehingga jernih.
9
Masukkan sagu dan sirap gula melaka ke dalam gelas berisi ais.