Resepi mudah dan sedap guna daging korban! Kebab style ni memang simple je buat, sesuai sangat kalau tak tahu nak masak apa dengan daging raya. Confirm semua orang suka!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Daging Korban - secukupnya
Bawang Merah - 1 biji
Bawang Putih - 3 ulas
Daun Pudina - secukupnya
Daun Ketumbar - secukupnya
Cili Padi - 3 biji
Garam - secukup rasa
Tortilla Wrap - secukupnya
Mayonnaise - secukupnya
Sayur - secukupnya
Rempah & Perasa
Serbuk Lada Hitam - secukup rasa
Serbuk Jintan Putih/Cumin - secukup rasa
Cara Masakan
1
Masukkan daging korban, bawang merah, bawang putih, daun pudina, daun ketumbar, cili padi, garam, serbuk lada hitam dan serbuk jintan putih ke dalam food processor.
2
Blend semua bahan sehingga hancur.
3
Bentuk adunan daging menjadi bentuk kebab.
4
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
5
Masukkan kebab ke dalam kuali dan masak sehingga keperangan, balikkan untuk memastikan kedua-dua belah masak sekata.