Dua menu favourite kalau pergi Melaka! Kita buat sendiri kat rumah je sebab dah lama tak jalan-jalan. Resepi keria gula Melaka senang je, dan coconut shake lagi senang!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ubi keledek putih - 1kg
Tepung gandum - 2 cawan
Gula Melaka - 3/4 blok
Gula pasir - 1/2 cawan
Air kelapa muda - 1 biji
Susu pekat - 3 sudu
Ice cream vanila - 2 scoop
Rempah & Perasa
Garam - secukup rasa
Cara Masakan
1
Rebus 1kg ubi keledek putih dengan sedikit garam selama 10 minit sehingga lembut.
2
Lenyek ubi keledek sementara masih panas.
3
Biarkan ubi keledek yang telah lenyek sejuk.
4
Gaulkan ubi keledek dengan 2 cawan tepung gandum sehingga sebati.
5
Salutkan tangan dengan minyak, kemudian bentukkan adunan ubi menjadi bulat seperti donat.
6
Goreng keria dengan api sederhana sehingga perang keemasan.
7
Untuk gula Melaka: Cairkan 3/4 blok gula Melaka, 1/2 cawan gula pasir dan sedikit air.
8
Kacau sehingga gula Melaka menjadi pekat dan berbuih.