Resepi ketam masak lemak cili api yang simple dan sedap! Gunakan bahan-bahan mudah je, memang puas hati makan dengan nasi panas. Perfect untuk makan tengahari atau malam!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ketam - 1 kg (siang dan potong 2)
Ubi Kentang - 1-2 biji (potong kecil)
Santan - 2 kotak kecil
Air - sedikit sahaja
Daun Kunyit - beberapa helai (hiris)
Rempah & Perasa
Cili Padi Merah - 6 biji
Cili Padi Hijau - 6 biji
Kunyit Hidup / Serbuk Kunyit - 2 ketul / 1 sudu
Serai - 2 batang (diketuk)
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Perasa - secukup rasa
Asam Keping - 1 keping
Cara Masakan
1
Blend 6 biji cili padi merah, 6 biji cili padi hijau, 2 ketul kunyit hidup (atau 1 sudu serbuk kunyit) dan air.
2
Masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk.
3
Masukkan ketam yang telah disiang dan dipotong.
4
Tambahkan 2 batang serai yang diketuk dan 2 kotak santan.