Resepi Khairul AmingLemang Instant Cawan Kertas
Lemang instant yang senang dibuat guna cawan kertas! Perfect untuk yang tak ada masa nak guna buluh, sedap macam lemang kampung.
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
- Beras pulut - 1 mangkuk besar (dah dicuci dan direndam 1 jam)
- Daun pisang - Secukupnya (potong ikut saiz cawan kertas)
- Santan kelapa saji - Setengah kotak besar (atau 3 kotak kecil)
- Air - Setengah cawan
Cara Masakan
- 1
Sediakan beras pulut yang telah dicuci dan direndam selama sejam.
- 2
Potong daun pisang mengikut ketinggian cawan kertas, gulung dan masukkan ke dalam cawan sebagai acuan.
- 3
Tapiskan air daripada beras pulut.
- 4
Gaulkan beras pulut dengan sedikit santan sehingga lembap.
- 5
Masukkan beras pulut ke dalam acuan cawan kertas sehingga 2/3 penuh.
- 6
Tambah satu lapisan santan di atas beras pulut.
- 7
Kukus selama 40 minit.
- 8
Buka penutup pengukus, tekan lemang dengan sudu untuk memadatkan.
- 9
Tag
#easy#lemang#instant#sedap#raya
Tutup semula dan kukus selama 20 minit lagi.
10Biarkan lemang sejuk, kemudian potong cawan kertas dan keluarkan lemang menggunakan pisau tajam.