Popiah Simpul & Popiah Seaweed Kuih Raya Last Minute
Resepi kuih raya simple dan cepat untuk dibuat, sesuai sangat kalau terlupa nak beli kuih raya! Dua jenis popiah, popiah simpul dengan popiah seaweed, yang memang sedap dan rangup.
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Kulit Popia (saiz besar) - secukupnya
Serunding Ayam/Daging - secukupnya
Seaweed - secukupnya
Tepung Gandum - sedikit
Air - sedikit
Cara Masakan
1
Potong kulit popia besar kepada 8 bahagian sama rata.
2
Tutup kulit popia yang dipotong dengan kain basah supaya lembut.
3
Letakkan sedikit inti serunding di tengah kulit popia.
4
Gulung dan simpulkan kulit popia.
5
Panaskan minyak dan goreng popiah simpul sehingga garing.
6
Potong seaweed kepada dua bahagian.
7
Campurkan tepung gandum dengan air untuk membuat gam.