Pulut Kuning yang lembut dan sedap, sesuai dimakan dengan rendang atau serunding untuk sarapan pagi Raya. Resipi mudah dan cepat, perfect untuk yang malas nak masak nasi impit!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Beras Pulut - 4 cawan
Asam keping - 1 biji
daun pandan - secukupnya
Rempah & Perasa
Serbuk Kunyit - 1 sudu makan
Santan - 1 kotak kecil
Air - ½ cawan
Garam - ½ sudu kecil
Gula - ½ sudu kecil
Minyak Masak - 2 sudu makan
Cara Masakan
1
Basuh 4 cawan beras pulut.
2
Masukkan beras pulut dalam bekas, tambahkan air, 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1 asam keping.
3
Rendam selama 3 jam sehingga kembang.
4
Tapis dan bilas beras pulut untuk buang lebihan serbuk kunyit.
5
Alaskan loyang dengan daun pandan.
6
Letakkan beras pulut dalam loyang dan mampatkan.
7
Kukus selama 20 minit.
8
Sementara menunggu, gaulkan santan, ½ cawan air, ½ sudu kecil garam, ½ sudu kecil gula dan 2 sudu makan minyak masak sehingga sebati.