Resipi Salted Egg Chicken & Sotong yang mudah dan sedap untuk buka puasa! Versi kering, rasa dia strong, pedas, dan penuh dengan rasa salted egg. Boleh makan dengan nasi putih.
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ayam - secukupnya
Sotong - secukupnya
Tepung Ayam Goreng Bestari - secukupnya
Telur - secukupnya
Nasi Putih - secukupnya
Rempah & Perasa
Butter - 2 sudu
Bawang Putih - 5 ulas, cincang
Bawang Merah - 1 biji, cincang
Daun Kari - 2 tangkai
Susu Cair (dalam tin) - ½ cawan
Cili Padi - 4 biji
Serbuk Telur Masin - 2 sudu
Susu Pekat Manis - sedikit
Cara Masakan
1
Gaulkan ayam dengan tepung Bestari. Tak perlu letak garam.
2
Goreng ayam sehingga masak dan keemasan.
3
Tumiskan butter, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
4
Masukkan daun kari, kacau sebentar.
5
Masukkan susu cair dan cili padi.
6
Masukkan serbuk telur masin, kacau hingga pekat.
7
Masukkan sedikit susu pekat manis.
8
Celup sotong dalam telur dan tepung, kemudian goreng.