Resepi siakap goreng rangup ala Thai dengan kuah masam manis pedas yang menyelerakan! Garing di luar, lembut di dalam, memang sedap sangat. Perfect untuk makan dengan nasi putih.
Thai
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Ikan Siakap - 1 ekor
Tepung Jagung - secukupnya
Tepung Beras - secukupnya (optional)
Kuning Telur - 1 biji
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
Rempah & Perasa
Garam - sedikit
Bawang Merah - 1 biji (besar)
Bawang Putih - 6 ulas
Serai - 2 batang
Halia - sebesar ibu jari
Sos Cili Thai - 1 cawan
Sos Tiram - 2 sudu
Sos Ikan - 2 sudu
Gula - 1 sudu kecil
Air Tepung Jagung - sedikit
Cili Padi - 8 biji (ditumbuk)
Daun Limau Purut - 4 helai (hiris nipis)
Limau Nipis - 3 biji
Cara Masakan
1
Lumurkan ikan siakap dengan garam.
2
Salut ikan dengan tepung jagung dan tepung beras (jika guna).
3
Gaul dengan kuning telur dan perap sebentar.
4
Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia yang telah dicincang hingga wangi.
5
Masukkan sos cili Thai, sos tiram, sos ikan dan gula. Kacau rata.
6
Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah pekat.
7
Padamkan api dan masukkan cili padi yang ditumbuk, daun limau purut dan perahan limau nipis.