Resepi telur dadar ayam kerapau yang simple dan sedap untuk sahur! Ayam dicincang halus, ditumis dengan rempah, dan diletakkan atas telur dadar yang digoreng. Perfect untuk sahur yang cepat dan menyelerakan!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Isi ayam - secukupnya
Telur - 3 biji
Daun Thai Basil / Daun Selasih Thai - secukupnya
Rempah & Perasa
Bawang putih - 4 ulas
Cili padi - 5 biji
Sos tiram - 1 sudu
Kicap manis - 1 sudu
Sos ikan - 1 sudu
Cara Masakan
1
Cincang isi ayam. Boleh guna food processor untuk lebih mudah.
2
Tumbuk 4 ulas bawang putih dan 5 biji cili padi.
3
Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
4
Masukkan ayam yang telah dicincang dan goreng sehingga masak.
5
Masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, dan 1 sudu sos ikan.
6
Masukkan daun Thai basil/daun selasih Thai dan tumis sebentar.
7
Goreng 3 biji telur tanpa garam.
8
Apabila telur hampir masak, letakkan campuran ayam di atas telur.