Dessert Thai Red Ruby yang sedap dimakan sejuk-sejuk, sesuai untuk buka puasa atau open house Raya! Resepi ni guna sengkuang, nangka, dan kuah santan yang lemak dan creamy.
Thai Dessert
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Sengkuang besar - ½ biji
Tepung ubi kayu - 1 cawan
Air - 4 cawan
Buah nangka - ikut suka (fresh atau tin)
Rempah & Perasa
Pewarna merah - 1 sudu
Santan - 2 kotak kecil
Air - 1 kotak kecil
Daun pandan - 2 helai
Garam - ½ sudu kecil
Gula - 6 sudu
Cara Masakan
1
Potong sengkuang kepada kiub kecil.
2
Gaul sengkuang dengan 1 sudu pewarna merah.
3
Gaul sengkuang dengan 1 cawan tepung ubi kayu.
4
Didihkan 4 cawan air.
5
Masukkan sengkuang ke dalam air yang mendidih.
6
Masak selama 10 minit sehingga lembut dan pekat.
7
Sejukkan sengkuang dalam air ais.
8
Potong buah nangka.
9
Masukkan 2 kotak kecil santan, 1 kotak kecil air, 2 helai daun pandan, ½ sudu kecil garam dan 6 sudu gula ke dalam periuk.