Resepi tumis cili padi yang simple dan cepat, sesuai sangat untuk sahur. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas, memang membuka selera! Gerenti tak cukup sepinggan!
Masakan Melayu
Share Resepi ni!
Kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga
Bahan-bahan
Bahan Utama
Telur - 2 biji
Bawang merah - 1 biji
Bawang putih - 5 ulas
Cili padi hijau - 5 biji
Cili padi merah - 5 biji
Serai - 1 batang
Nasi putih - secukupnya
Rempah & Perasa
Sos tiram - 1 sudu
Sos ikan - 1 sudu
Kicap manis - 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Perasa - secukup rasa
Cara Masakan
1
Goreng telur mata dengan banyak minyak hingga crispy di bahagian bawah, bahagian atas lembik.
2
Cincang atau tumbuk 1 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 5 cili padi hijau, dan 5 cili padi merah.
3
Tumis bawang dan cili dengan 1 batang serai.
4
Masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos ikan, dan setengah sudu kicap manis. Kacau rata.
5
Masukkan garam, gula, dan perasa secukup rasa. Kacau lagi.